Monday, 27 June 2016

KEGHAIRAHAN MENYAMBUT KEDATANGAN 1SYAWAL
Sejak akhir-akhit ini,,orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke pusat membeli-belah untuk membeli pakaian bagi persiapan untuk menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI yang akan tiba tidak lama lagi.
Disini sedikit perkongsian terutamanya kepada diri saya juga semasa mencari barang keperluan bagi persiapan untuk menyambut kedatangan Hari yang Mulia ini..
           Sebagai manusia kita seharusnya lebih bersikap jimat cermat dalam isu persiapan untuk menyambut Hari Raya ini..Setelah berpenat lelah kita menahan lapar dan dahaga selama sebulan dalam bulan Ramadhan almubarak ini, kita memang sangat teruja dan bersemangat unutk menyambut ketibaan 1syawal. Oleh itu, kita seharusnya membelanjakan wang dengan bijak dan tidak perlulah bersikap terlalu boros dalam mencari pakaian baru. Berbelanjalah mengikut kemampuan diri kita dan kita seharusnya jangan lupa bahawasanya keseronokan kita ini haruslah dikongsikan bersama dengan mereka yang tidak mampu seperti kita pada hari ini.Contohnya bagi mereka yang fakir miskin, anak yatim piatu, pelarian rohingya dan seagama dengan kita. Ringan-ringankanlah tangan membantu kepada mereka yang lebih memerlukan  agar mereka ini akan dapat berkongsi kegembiraan seperti mana yang kita rasa pada waktu ini.

         

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.