BERPASANGAN
Nama aku Aween Shahrina dan aku berumur 19
tahun. Aku mempunyai ramai kawan yang sudah mempunyai teman lelaki dan teman
wanita. Aku sahaja yang ganjil kerana aku tiada teman lelaki sampai sekarang.
Tetapi tidak mengapa. Sebelum terlupa, aku dari Universiti Kebangsaan Malaysia
di Bangi senang cerita UKM. Ibu ayah aku memang pasangan yang sangat romantik
sampaikan aku sendiri menyampah dengan mak ayah aku sendiri. Tetapi tidak
mengapa kerana ramai ustaz dan ustazah kata bercinta selepas berkahwin.
Embun pagi telah menyusuri
celah bilik aku yang masih terlelap. Suara nyaring dari jam alarm tepat di
sebelah tempat tidurku masih belum mampu membangunkanku dari tilam kecilku.
Sekian lama alarm itu berbunyi yang bahkan membangunkan penghuni bilik sebelah,
akhirnya aku tewas jua. Aku menggeliat malas sambil menggosok-gosok mataku yang
sesekali masih terpejam dek silau cahaya matahari. Alarm itu setiap pagi
berbunyi untuk membangunkan sang pemilik yang harus ke kuliah di pagi hari.
Semenjak menjadi mahasiswi, setiap hari, telah menjadi rutin harianku untuk
bangun awal pagi jika ada kuliah pagi.
Eika, kawan baik aku. Aku rasa dia lebih
teruk daripada aku. Kami sama-sama susah untuk bangun pagi. Seringkali kami
kelewatan datang ke kuliah. Rasanya, semua pelajar macam kami ke? Entahlah.....
Kawan baik aku ni pernah ada teman lelaki semasa dia berumur 12 tahun lagi
sampai 15 tahun. Dia berpisah kerana dengan teman lelakinya itu sebenarnya
teman lelaki dia tu ‘playboy’. Sekarang, dia sudah serit berpasangan sebab dia
terlalu sayang dengan bekas teman lelakinya dan dia sudah tidak ada perasaan
lagi kepada sesiapa. Itulah sebab aku rasa dia lebih teruk daripada aku.
Sekurang-kurangnya aku mahu juga ada teman lelaki. Itulah remaja, selepas putus
dengan teman lelaki atau perempuan merana sepanjang hidup. Tetapi Eika itu
memang wanita yang sangat cantik. Memang jauh cantik daripada aku.
“Rina, kau tahu tak macam mana nak…” Eika
baru sahaja ingin memberitahu bahawa macam mana ingin menghantar cerpen
tiba-tiba Shahrina terus memotong.
“Nak cari ‘boyfriend’? Eh, aku tahu lah macam
mana.” Shahrina bercakap dengan ego tetiba-tiba Eika menangis teresak-esak.
“Jangan sebut perkataan tu lagi!” Eika
menyuruh Shahrina jangan menyebut lagi perkataan ‘boyfriend’ tetapi tidak jelas
kerana Eika menangis teresak-esak.
“Kau cakap apa?” Shahrina bertanya seperti
tidak dengar langsung apa yang dikatakan Eika seperti Eika berbisik tidak
dengar hanya dengar esakan Eika. Tangisan Eika itu memecah kesunyian di
perpustakaan universiti itu.
“Jangan sebut perkataan tu lagi!” Esakan Eika
itu semakin kuat tetapi masih tidak didengari apa yang dia katakan.
“Apa yang kau cakap!!” Semakin kuat suara
Shahrina sampaikan semua orang dalam perpustakaan itu memandang pelik pada
Shahrina. Shahrina yang sedang mencari buku itu berasa malu akan dengan
perbuatannya itu. Kim, musuh ketat Shahrina sedang merakam video Shahrina itu
disedari oleh Shahrina bahawa Kim sedang merakam sesuatu. Shahrina menutup
mukanya dengan buku yang bergambar idolanya, iaitu Harris J. Muka Shahrina yang
putih itu mula memerah. Eika sudah berhenti menangis lalu meninggalkan Shahrina
berseorangan yang masih menutup mukanya itu.
“Eika, sorry..” Shahrina baru sahaja membuka
mukanya tetiba-tiba Eika yang menangis teresak-esak tadi sudah tiada dalam
pandangan Shahrina.
“Assalamualaikum.” Suara itu didengari dari
belakang Eika. Eika tidak berpaling ke belakang kerana dia tahu Shahrina yang
memberi salam. Eika hanya menjawab salam itu.
“Waalaikumussalam.”
“Eika..jangan merajuk. Kita kan BFF..Sorry,
aku tak tahu yang kau ni..” Shahrina tidak mahu menyambung perkataan seterusnya
iaitu trauma kerana tidak mahu kawan baiknya itu diejek trauma. Shahrina
menarik kerusi lalu duduk di atasnya.
“Sebab awak trauma..” Shahrina yang nakal itu
sahaja masih mahu menyambung perkataan itu secara berbisik.
“Tak apa.. Saya maafkan, bukannya aku tak nak
kawan dengan BFF aku sendiri.” Eika dengan manjanya itu memeluk kawannya dengan
erat. Eika melepaskan Shahrina.
“Eh Rina, aku nak tanya sikit ni.. Sebenarnya
kau nak kahwin tak? Aku tengok kau ni kawan lelaki yang tak beberapa rapat pun
tak ada.” Eika kelihatan lebih ceria.
“Hishh.. Kau ni kan, lambat lagi lah.”
Shahrina malas berfikir hal itu lagi. Dia hanya memandang kawannya itu dengan
senyuman yang sinis.
“Kau ni kan nak ‘couple’ tapi tak nak
kahwin.. Kau ni memang ‘playgirl’ ahh.. Sebab tu kau tak ada ‘boyfriend’ sampai
sekarang sebab diorang dah tahu yang kau ni ‘playgirl’. Contohnya, ada seorang
lelaki bernama Muhammad Harris nak ajak kau kahwin tapi dia dah tahu yang kau
ni ‘playgirl’. Pastu dia tak nak sebab kau ni tak.. tak..” Panjang lebar Eika
berhujah siap dengan contoh lagi tetapi Shahrina hanya membuat tidak tahu.
“Tak Setia!” Shahrina hanya menjawab sahaja.
“Hahh, tahu pun.” Eika malas melayan karenah
kawannya itu.
“Aku bukan tak setia cuma aku ni cerewet..
Alaa.. aku ada jugak ciri-cirinya. Eh, aku tak main lah lelaki yang lepak sana
sini.. aku cuma nak yang macam Harris J tu takper aahh.. Ikutkan hati aku, aku
nak Harris J.. Ahh!! cia, cia!” Shahrina berangan sendirian. Dia bercakap
dengan nada yang amat gedik. Kali pertama Shahrina bergedik-gedik tahap macam
ini!
“Eh, ehh.. Kau sedar sikit ok. Kau tu orang
Malaysia, bukan London. Pertama, kau sangat jauh. Kedua, kau mungkin tak layak
lah dan tak sesuai langsung dengan Harris J. Ketiga, kau tak lah cantik sangat.
Keempat kau perlu ubah sikap kau tu, kejap-kejap kau ‘nerd’ kejap-kejap kau
ganas pulak. Kelima, kau kena ‘control’ sikit emosi kau yang gila sangat tu,
sebab kalau artis lelaki ni tak suka wanita yang gila-gilakan dia. Lagi-lagi
kalau kau.. terlalu gila tahap maksimum.” Eika selamba mengutuk Shahrina.
“Aku tahu aku tak cantik.. Kau cantik sangat,
‘top’ dalam dunia ni.. sudah-sudah dengan Justin Bieber sekali suka kau! Aku
tahu aku ni ‘nerd’, ‘gangster’ dan memang tak layak laa dengan Harris J…”
Shahrina sikit kecil hati dengan apa yang dikatakan oleh kawannya itu.
“Ok, aku nak tanya kau ni..Sebenarnya kau
minat Harris J kenapa?” Eika bertanya dengan Shahrina seperti juri kelayakan
jodoh.
“Soalan bagus.. Aku minat Harris J sebab dia
Islam.. yang tu paling ‘first’, pastu, dia mengafal Al-quran, dia tu kalau nak
kata ‘handsome’ tu memang.. Lagu dia ‘best’ dan banyak tentang agama. ‘Lastly’,
dia ‘cute’… Cia… Cia!!!” Shahrina menggenggam tangan kawannya dengan kuat.
“Kau ni kan tak habis lagi dengan cia, cia
kau tu. ‘So’, aku rasa kau ni bagus laa bukan sebab dia penyanyi, ‘famous’ dan
‘anything’ laa.. Aku pun macam tu juga sebenarnya hihi.. Tapi aku tak lah macam
kau ni.. Yang ini Justin Bieber halal.. Eh, kau jangan perasan ok.. Aku bangga
sebenarnya sebab sepupu aku ingat kawan aku ni Selena Gomez!” Eika memberi
komen kepada Shahrina yang sedang berangan itu. Siapa tidak bangga kawannya
seiras dengan Selena Gomez? Shahrina sememangnya seiras dengan Selena Gomez
kecuali sifat-sifat yang ada dalam diri Shahrina.
“Hah? Selena Gomez? Eh, memang pun. Justin
Bieber dengan Selena Gomez ‘so’, Harris J dengan aku lah!” Shahrina sudah
berangan-angan tahap melebihi maksimum.
“Hmm.. Rina, kau ni minat Harris J tapi
memang lah Harris J tak nak kat kau sebab dia orang London.. Kau tu dari
Malaysia je.” Eika mula memberi kesedaran kepada Shahrina.
“Aku tahu.. Aku cuma minat je..” Shahrina
mula memanja.
“Rina, aku nak pergi sambung kuliah ni. Bukan
ke kau ada juga kan kuliah.. Jangan ponteng..” Eika, sebagai kawan yang sejati
itu memesan kepada kawannya.
“Ya Allah, aku terlupa laa.. Eh, aku pukul
2.00 nanti.” Shahrina memandang wajah Eika sambil berkerut dahi.
“Ok, Assalamualaikum..” Eika tiba-tiba
kelihatan sopan semasa memberi salam.
“Waalaikumussalam..” Shahrina menjawab salam
itu sambil tersenyum.
Shahrina berjalan-jalan makan angin selepas
tamat kuliah. Dia terserempak dengan kawan sekuliahnya, Ameen.
“Hai Rina. Rina, boleh tak kita ‘couple’?”
Ameen kelihatan seperti ingin mengajak Shahrina berkahwin dengannya di dalam
drama.
“Hmm.. Aku rasa boleh je kot.” Aduh, Shahrina
tidak berfikir panjang. Itu bukan hal remeh-temeh!
“Esok kita keluar lepas habis kuliah ya!’
Ameen mengajak Shahrina dengan gaya romantiknya itu.
“Boleh, tapi awak kena tunggu ya!” Shahrina
mula menggatal pula.
Inilah kali pertama yang paling seronok dalam
sepanjang hidupku! Aku sudah mempunyai teman lelaki. Inilah masa yang aku
nanti-nantikan. Walaupun Ameen tidaklah sekacak mana tetapi lebih baik dari
tiada teman langsung. Aku tidak sabar menunggu untuk keluar dengan Ameen.
“Hai Rina, jom kita jalan-jalan.” Ameen
mengajak Shahrina tidak romantik sebelem ini.
“Jom.” Shahrina hanya mengikut sahaja.
“Rina, ini untuk kali pertama kita ‘couple’
kan.. Untuk kali pertama kita kenalah..” Ameen tidak menyambung perkataan
seterusnya. Ameen mendekatkan dirinya dengan Shahrina. Shahrina kaku tidak tahu
ingin membuat apa. Buku yang dipegang Shahrina itu memukul tepat pada muka
Ameen untuk sedarkan Ameen.
“Apa yang kau buat ni? Hey, aku tahu laa kau
tu orang kampung.. Ni ‘trend’ laa.. Biasa lah tu untuk ‘couple’. Kalau kau tak
nak semua ni tapi kenapa kau terima aku?” Ameen yang marah itu membuatkan
Shahrina kaku.
“Hey, awak tahu tak kita sekarang ni ada
depan masjid? Awak tahu tak yang awak ni Islam? Kita ni Islam bukan Kafir..
Kenapa awak ikut ‘trend’ tapi tak ikut cara Islam” Shahrina mula berhujah.
“Ni biasa laa..Ramai kat luar sana lebih
teruk dari benda ni tau. Apasal kau pendek akal sangat? buat sakit hati aku
aje.. Lain kali kata dulu yang kau ni boleh atau tak buat benda macam ni.”
Ameen yang sakit hati itu tidak memandang Shahrina.
“Saya harap awak akan sedar nanti. Jangan
dekat dengan saya lagi.” Shahrina meninggalkan Ameen dengan hati yang tidak
kisah. Ameen hanya membisu.
Aku menyesal kerana menerima Ameen. Aku fikir
dia akan mencintakanku dengan cara yang betul tapi tidak. Sekarang baru aku
tahu sebenarnya lebih baik tidak berpasangan. Kalau mahu berpasangan mesti ikut
‘trend’. Memang betul kata ibuku semasa aku meminta izin mahu berpasangan.
Tetapi ibu tidak benarkan. Aku hanya menunggu jodoh. Sebenarnya berpasangan
sekarang tidak tentu akan kekal atau tidak.
Ameen sudah sedar akan perbuatannya pada hari
itu. Ameen berjumpa dengan Shahrina untuk meminta maaf. Ameen tidak lagi
mengikut cara barat untuk bercinta dan sekarang ini dia telah mengikut ajaran
Islam yang betul.
Kita janganlah menjadi orang yang hanya
mengikut orang lain terutamanya pengaruh barat. Kita sebagai orang Islam
janganlah mengikut gaya dan cara barat.