MEMERANGI JENAYAH RAGUT
Dimanakah jenayah ragut kerap berlaku?
§ - Peragut sering bertindak di jalan atau lorong
yang gelap dan sunyi. Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti
motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
Bagaimanakah ia berlaku?
§ - Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara
dan mendedahkannya untuk tontonan ramai.
§ - Membawa beg tangan dengan cara memudahkan
peragut meragut.
§ - Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada
di tempat-tempat sesak.
§ - Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di
kaunter pintu masuk pusat membeli belah.
§ -Menyimpan beg duit di dalam kocek-kocek
belakang yang tidak berbutang.
Tips Panduan Elak Jadi Mangsa Ragut
§ a) Sentiasa membawa wang secara minima dan
selindung wang daripada pandang umum supaya tidak menarik perhatian peragut.
§ b) Jangan mendedahkan barang-barang kemas,barang
berharga di tempat awam kerana ini akan memberi peluang kepada si peragut untuk
meragut.
§ c) Dinasihati supaya peka terhadap sitausi
sekeliling. Pastikan beg tangan atau barang berharga yang dibawa diletakkan di
tempat yang selamat sama ada semasa pemandu atau berada dalam bangunan.
§ d) Elakkan diri dari berjalan kaki atau
menunggang motosikal seorang diri di kawasan sunyi terutamanya pada waktu
malam.Ini akan memudahkan peragut melakukan aktiviti mereka tanpa dilihat atau
diketahui orang lain.
§ e) Jika terpaksa berjalan kaki waktu malam tanpa
di temani sesiapa.Ikutlah arah laluan bertentangan supaya anda dapat melihat
kenderaan yang berada di hadapan dan boleh bertindak awal jika merasakan ada
sesuatu yang mencurikan.
§ f) Peragut sememangnya gemar mengambil kesempatan
terhadap seseorang yang dilihat tidak melawan secara agresif kaum wanita.Wanita
dilihat golongan yang lemah dan mudah dikasari serta jarang untuk bertindak
balas .Selalunya mereka akan menjerit untuk meminta pertolongan daripada orang
ramai.
§ g) Kaum wanita juga digalakkan memakai pakaian
yamg sesuai agar mudah untuk bertindak jika menjadi mangsa ragut. Pilih pakaian
yang memudahkan untuk bergerak pantas. Sekiranya membonceng motosikal,elakkan
menggalas beg tangan di bahu.Sebaik-baiknya letakkan beg tersebut di
tengah-tengah antara anda dan penunggang dan lindungi dengan tangan anda.
Apa perlu dilakukan apabila anda diragut! !!!!!!!!!!!!!
§ i- Anda perlu bertenang dan menjerit meminta
pertolongan sekiranya anda diragut.
§ ii- Jangan bertindak atau berlawan kerana bimbang
sekiranya perompak berkenaan mempunyai senjata atau bertindak agresif yang
mungkin akan mengakibat mangsa tercedera.
§ iii- Perhatikan gerak-geri perompak seperti
perwatakan,air muka,pakaian,tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang
lain.Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
§ iv- Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak
itu melarikan diri.Jika ia menggunakan kenderaan,rekodkan nombor pendaftaran
,warna kenderaan, dan jenis kenderaan.Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
§ v- Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi balai
polis berdekatan dengan segera.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.