Wednesday, 10 August 2016

ulasan karya

JERIJI KASIH


Cerpen Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid mengisahkan tentang perjalanan hidup dan kecekalan seorang anak muda yang bernama Anuariza dalam meniti kehidupan seharian untuk mencapai cita-citanya. Anuariza merupakan seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Beliau dan adiknya Azuera telah menjadi anak angkat kepada pasangan Soleha dan Tamrin Mereka tinggal di sebuah perkampungan dengan kehidupan yang sangat daif. Walaupun kehidupan mereka seluarga cukup susah, Anuariza tetap mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mengubah nasib mereka sekeluarga. Nek Siah yang tinggal berhampiran rumahnya sering membantu mereka sekeluarga. Demi membantu keluarganya. Anuariza lebih suka menghabiskan masa dengan mengutip buah asam kelubi untuk dijual kepada peraih Ah Chong. Selain daripada itu, Anuariza juga melakukan kerja-kerja lain untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Pada suatu hari, anak Nek Siah iaitu Syed Mustafa telah pulang dan menetap di kampung itu. Syed Mustafa amat kagum dengan kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh  Anuariza dalam usia semuda itu. Syed Mustafa telah meminta Anuariza menjadi guru tuisyen kepada anaknya Syed Fariz yang semakin berubah sikap sejak kematian ibunya beberapa tahun lepas. Tanggungjawab ini digalas Anuariza setelah dipujuk oleh Nek Siah selain daripada boleh dijadikan pendapatan sampingan serta menampung perbelanjaan sekolah adiknya, Azuera.

Semasa mengajar anak-anak Syed Mustafa, Anuariza tidak mempunyai masalah dengan Syarifah Farisya tetapi sebaliknya terjadi dengan Syed Fariz. Syed Fariz tidak menunjukkan minat  untuk belajar dan mempunyai pelbagai masalah disiplin di sekolah barunya. Syed Fariz seorang yang senstif dan mempunyai sifat pendendam. Dia mendendami ayahnya Syed Mustafa kerana pada fikirannya, Syed Mustafa yang telah menyebabkan kematian ibunya. Dalam ingatannya, ibunya sering menderita kerana ayahnya Syed Mustafa telah menjalinkan hubungan cinta dengan setiausahanya sendiri.

Sikap Syed Fariz yang semakin menjadi-jadi apabila dia mula menubuhkan kumpulan di sekolah dan mengamalkan kegiatan memeras ugut. Anuariza cuba mendekati Syed Fariz dengan lembut namun Syed Fariz semakin nakal di sekolah barunya. Azuera yang juga rakan sekelas dengannya memberitahu Anuariza bahawa Syed Fariz mebawa rokok ke sekolah. Syed Fariz telah berkawan baik dengan seorang pelajar perempuan yang bermasalah di sekolah iaitu Lily Suriani. Mereka menjadi ketua samseng dengan memers ugut pelajar lain. Pengawas sekolah, Ruhaiza telah dipukul oleh Syed Fariz dan Lily Suriani kerana mereka menyangka rahsia Syed Fariz diketahui oleh kakaknya Syarifah Farisya akibat perbuatan Ruhaiza. Campur tangan Syarifah Farisya dalam usaha untuk mengelakkan adiknya daripada melakukan kegiatan tersebut telah menyebabkan Syed Fariz berdendam kepada Ruhaiza. Hal ini menimbulkan pertengkaran antara Ruhaiza, Syed Fariz dan Lily Suriani sehingga sampai ke pengetahuan guru disiplin. Ruhaiza pergi berjumpa dengan  guru kaunseling sekolah mereka dan mengadu akan hal tersebut. Guru kaunseling berjanji akan menolong Syed Fariz daripada terjebak dengan kes salah laku yang serius. Keadaan ini juga menjadikan Ruhaiza tertekan tetapi dapat dipulihkan oleh guru kaunseling.

    Syarifah Farisya sungguh kesal kerana dia telah menemui rokok di dalam bilik adik lelakinya itu. Dia tahu perangai adiknya di sekolah lama telah berulang kembali. Sejak itu, Syarifah Farisya menjadi murung dan kurang berkomukasi. Anuariza hairan dengan perubahan mendadak sikap Syarifah Farisya. Setelah diselidik, akhirnya Syarifah Farisya menceritakan masalah adiknya kepada Anuariza. Anuariza berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak Syed Mustafa.

Walau bagaimanapun, sikap Syed Fariz belum berubah malah semakin menjadi lebih teruk apabila mereka mula menghidu gam di sebuah pondok durian milik nenek Lily Suriani di Tanjung. Tingkahlaku Syed Fariz mula disuarakan oleh Anuariza kepada Syed Mustafa agar beliau lebih memberi perhatian kepada anaknya. Namun sebaliknya, Syed Mustafa memutuskan untuk membiarkan sahaja tingkahlaku anaknya itu selagi tidak membunuh atau merosakkan anak gadis orang. Syed Mustafa sememangnya kurang memberi perhatian dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anaknya kerana terlampau sibuk bekerja. Anuariza cuba mendekati  Syed Mustafa untuk menceritakan masalah anak-anaknya. Syed Mustafa menuduh arwah isterinya terlalu memanjakan Syed Fariz manakala dia pula sibuk bekerja untuk mengumpul kekayaan keluarga.

    Bagi menyedarkan Syed Fariz, Anuariza pun menceritakan kisah suka duka kepayahan dan kesusahan keluarganya kepada Syed Fariz. Keluarga Anuariza berasal dari Kuala Lumpur. Dia ditinggalkan oleh ibu dan bapanya di rumah Soleha. Apabila suami Soleha iaitu Tamrin, ayah angkatnya meninggal dunia dalam kebakaran, mereka sekeluarga pulang ke kampung. Nek Siah telah membantu ibu angkatnya Soleha mendirikan rumah di mana menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh. Sejak itu Nek Siah, ibu Syed Mustafa banyak membantu kehidupan dia dan ibu angkatnya. Walaubagaimanapun, ianya sedikit pun tidak memberi kesan di hati Syed Fariz.

Tingkahlaku buruk Syed Fariz akhirnya sampai ke pengetahuan Nek Siah apabila dia dipanggil ke sekolah untuk berjumpa dengan Cikgu Suhaimi iaitu guru disiplin dan Cikgu Borhan yang merupakan guru kelas Syed Fariz kerana kegiatannya yang terbabit dalam penyalahgunaan ubat batuk di sekolah. Kedua-dua guru tersebut memaklumkan kepada Nek Siah bahawa Syed Fariz sudah 30 hari tidak hadir ke sekolah dalam masa 3 bulan persekolahan. Di samping itu,dia juga kerap ponteng kelas. Namun, belum pun masalah ini selesai, satu lagi masalah menimpa apabila pihak polis telah datang ke rumah Nek Siah. Rupanya Syed Fariz terlibat lebih jauh daripada itu. Syed Fariz telah merogol Ruhaiza dengan bantuan rakan-rakannya. Syed Fariz ditangkap oleh pihak polis kerana kesalahan merogol Ruhaiza. Semua ini menyebabkan Nek Siah bertambah pening tetapi berjaya ditenangkan oleh Soleha. Ruhaiza telah dimasukkan ke dalam wad manakala Syed Fariz ditahan di lokap polis. Nek Siah dan Syarifah Farisya hanya mampu menangis dengan semua kejadian yang menimpa keluarganya. Anuariza pula semakin buntu dalam menyelesaikan masalah keluarga Syed Mustaffa.

Ayah Ruhaiza, Khusairi sangat marah dengan keluarga Syed Mustafa yang telah mencemarkan maruah anaknya. Nek Siah cuba mententeramkan Khusairi. Perkara ini hampir menggugat hubungan baik antara Kusyairi dan keluarga Nek Siah kerana tindakan Syed Fariz yang melampaui batas itu. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Syed Mustafa dan beliau telah pergi ke lokap polis untuk mengikat jamin anaknya. Syed Mustaffa telah menampar anaknya beberapa kali sehingga berdarah. Setelah sampai ke rumah Syed Mustafa terus menghamburkan kemarahan terhadap tindakan anaknya yang diibaratkan menconteng arang ke mukanya. Syed Mustaffa telah bertindak dengan memukul anaknya sehingga menyebabkan dahi Syed Fariz tercedera. Walaubagaimanapun, keadaan semakin terkawal setelah Soleha dan Anuariza berkunjung ke rumah Nek Siah serta meleraikan pergaduhan anak beranak tersebut. Anuariza cuba menerangkan masalah Syed Fariz kepada Syed Mustafa. Semua masalah Syed Fariz diceritakan kepada Syed Mustafa. Syed Mustafa terdiam dan cuba mencari kesalahannya sebagai bapa yang gagal mendidik anak.

Di samping itu, Anuariza telah memberi kesedaran kepada Syed Fariz bahawa tindakannya itu adalah salah untuk mendapat perhatian dan kasih saying bapanya. Anuariza menceritakan mengenai kehidupan dan penderitaan yang mereka alami berjaya memberikan kesedaran kepada Syed Fariz. Akhirnya Syed Mustafa menemui ayah Ruhaiza dan dia sekali lagi meminta maaf daripada Khusyairi. Syed Mustafa berjanji akan membantu masa depan Ruhaiza dengan sebaik mungkin. Khusyairi telah menarik balik tuduhannya terhadap Syed Fariz. Syed Mustafa berjanji akan menjadikan Ruhaiza sebagai anak angkatnya malah dia sanggup untuk bertanggungjawab sepenuhnya di atas perbuatan anak lelakinya Syed Fariz.

Sementara itu, Anuariza mula menjalankan projek Taman Fantasi yang diidam-idamkannya. Dia mahu membantu ekonomi keluarganya dengan meningkatkan pendapatan melalui bidang pertanian.  Syed Mustafa berjanji untuk merealisasikan impiannya. Nek Siah pula telah melamar ibu angkat Anuariza untuk dijodohkan dengan anaknya Syed Mustafa. Sementara itu, Syarifah Farisya pula membuat onar apabila dia bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur disebabkan dia tidak bersetuju dengan perkahwinan ayahnya dan Soleha iaitu ibu angkat kepada Anuariza. Syarifah Farisya menentang cadangan ayahnya hendak berkahwin dengan Soleha kerana dia sudah mula mencintai dan menyimpan perasaan terhadap Anuariza. Dia tidak mahu perkahwinan itu memutuskan hubungan cintanya dengan Anuariza. Syarifah Farisya mengambil keputusan nekad dengan melarikan diri dari rumah. Dia ke rumah Haji Lokman dan Hajah Munirah di Kuala Lumpur. Syarifah Farisya telah menyelitkan sepucuk surat ke dalam buku untuk dipulangkan kepada Anuariza sekaligus memberitahu di mana dia berada. Ini disebabkan kerana, Syarifah Farisya mahu Anuariza mengikutnya supaya menghalang perkahwinan tersebut. Anuariza tanpa berlengah terus bergegas mencari Syarifah Farisya di rumah Haji Lokman. Mereka telah tertarik dengan keistimewaan budi pekerti Anuariza.

Anuariza berjaya menasihati dan memujuk supaya kembali ke pangkuan keluarganya. Syarifah Farisya pulang ke kampong dan dia mula sedar bahawa seseorang anak perlukan kasih sayang seorang ibu walaupun ibu tiri. Syarifah Farisya telah menerima perkahwinan ayahnya dengan Soleha setelah dia di nasihati oleh Anuariza. Sementara itu,berkat ketabahan dan ketekunan Anuariza, beliau telah  mendapat keputusan  yang cemerlang di dalam peperiksaan STPM dan juga mendapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.


Sementara itu, projek Taman Fantasi Anuariza telah berjaya menarik perhatian Haji Lokman. Dia bercadang untuk menanam anggur dan menyertai Syed Mustafa dalam rancangan membangunkan projek itu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.