Wednesday, 10 August 2016

TUGASAN CERPEN



 JANGAN DILUPAKAN MEREKA

Petang itu aku merasa teramat bosan, aku dengan sengaja bagi alasan dekat bos yang aku ada urusan peribadi untuk balik awal. Aku merasakan sesuatu dalam diriku ini, hidupku semakin kecundang. Walaupun bergaji tinggi, berkereta mewah dan mempunyai rumah yang besar, namun aku masih merasakan kekosongan dalam hidupku ini. Jiwaku tak tenang, kesenangan tanpa cahaya menyinari sinar dalam hidupku. Aku mula tercari-cari kebenaran dalam hidupku ini. Selama ini aku cukup leka dengan kesibukan duniawi. Aku mengabaikan orang tuaku yang selama ini banyak berkorban untuk kejayaanku. Semakin banyak penyesalan yang aku miliki. Mungkinkah ini natijahnya bila kita melupakan kedua ibu bapa. “Adakah aku seorang anak yang derhaka”, persoalan demi persoalan hadir dalam diriku.

Dalam perjalanan menuju tempat parking kereta, aku masih terfikirkan juga hal ditempat kerja. Hatiku membebel tanpa suara,  “Dah la penat bekerja, tak ada masa nak rehat. Awal-awal pagi dah keluar ke tempat kerja, gelap malam baru sampai rumah, maklumlah nak mengelak dari kesesakan jalanraya. Bila dekat tempat kerja pula selalu bos aku membebel, maklumlah bos orang perempuan, ada saja yang tak kena”. Erm...mengeluh aku seketika sambil menghayun kaki tanpa menghiraukan tali kasut yang terlepas dari ikatan. Sambil aku mendongak ke arah bangunan yang tinggi itu, kecil nampak dari jauh bangunan tempat aku bekerja. Terdetik dihatiku rasa bersalah pun ada bila memikirkan kesalahan yang aku lakukan pada majikanku petang itu. Hatiku dengan perlahan- lahan mengatakan “ya Allah, ampunilah dosaku ini”. “Aku hidup dengan penuh ketaksuban sampai aku melupakan kewajipanku dan mengabaikan keluarga.

Tiba-tiba aku terpandang wajah seorang pak cik yang seakan aku kenali. Ingatanku samar-samar, entah dimana aku pernah bejumpanya. Owh, baru aku teringat yang pak cik  itu dahulunya pernah tinggal sekampung dengan bapak saudaraku di kuantan. Ape lagi,  Aku pun pergi dekat dan mula berbual dengannya. Katanya nak ke setesen bas untuk balik rumah. Aku mengajaknya balik bersama untuk menumpangkannya naik kereta. Dia setuju, mukanya sedikit berpeluh kerana berjalan dalam panas. Katanya tujuan datang ke bandar hendak beli batu pengasah dan pisau menebas rumput.

"Kita singgah minum sekejap boleh pak cik." kata aku mempelawa. Dia tidak menolak mungkin kerana terasa haus kerana lama berjalan. Aku singgah di satu kedai mamak nasi kandar dan aku order tosai masala dan teh o ais. Dia hanya order teh o ais. Bila disuruh order makan, dia menolak dan mengatakan perutnya masih kenyang, tetapi aku rasa dia hanya terasa segan. Lalu aku tanya dia, "Pak cik, apakata kita cuba makan tose masala, kat sini sedaaap!". Dia membalas,"kalau kamu nak belanja pak cik, boleh saja. Tekak orang susah macam pak cik ni mana boleh memilih. "Aku hanya terdiam dengan melebarkan senyuman sahaja. Kami makan sambil berbual. Katannya,"Sedap nak,  Setakat ini pak cik tak pernah makan makanan begini, pak cik ingat makanan ini hanya orang India saja makan."
Sesudah selesai makan pak cik itu bertanya,"Mahai ka tose ni,berapa duit sebiji ? "Aku  membalas,"3.50 sebiji. "Dia kelihatan meraba poket baju telok belanganya, mengeluarkan uncang plastik kecil yg berlipat. Ada beberapa keping seringgit dan duit siling. Aku sangkakan pak cik itu nak bayar, maka cepat-cepatlah aku suruh dia simpan,kerana aku nak bayar. Tetapi dia berkata,"pak cik rasa bersalah nak,sangat rasa terkilan kerana pak cik dapat makan makanan yang sedap hari ni, tapi anak isteri pak cik  tidak. Kami selalu berkongsi susah senang. Bila makan sedap begini, pak cik teringat kat mereka, pak cik nak beli bungkus bawa balik dekat diorang  jugalah. Supaya pak cik tak rasa bersalah, tak rasa penting diri sendiri. Beli sebiji pun jadilah, bolehlah diorang kongsi lima orang. Kalau tak kenyang pun, dapat rasa jadilah." Perasaanku tiba-tiba sebak, aku mengawal perasaan seketika dengan menarik nafas yang agak panjang cuba menenagkan hati yang duka.

Ya Allah, Subhanallah!. Aku  tergamam dan sebak mendengar kata-katanya. Betapa kuat ingatan kasih sayangnya kepada keluarganya. Betapa aku tidak pernah mempunyai ingatan sebegini apabila makan diluar sendirian. Jernihnya jiwa insan ini, kemiskinan mendidik mereka berkongsi segalanya, baik yang susah mahupun yang menyenangkan. Lantas aku cepat-cepat pergi order 3 biji tose masala  untuk dia bawa balik. Senyumnya ketika turun dari kereta membayangkan kepuasan dan kegembiraannya. Tuhan menunjukkan kepada aku pada hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yang serba kekurangan dalam hidup, berkongsi segalanya. Sedang kita yang hidup mewah, membina sikap individualistik. Makan pun dah jarang bersama, makan pun tak sama, apa lagi berkongsi susah senang.

Aku  mula terbayang akan wajah kedua ibu bapaku, aku cukup bersalah kerana mengabaikan mereka dengan memberikan alasan sibuk bekerja apabila orang tuaku suruh balik kampung menjenguk mereka. Kini barulah aku betul-betul sedar akan kesilapanku. Hidupku tidak tenteram kerana berdosa kepada mereka, tanggungjawab sebagai seorang anak telah aku lupakan selama ini. Perlahan-lahan air mataku berderai, aku seorang anak yang lalai dengan duniawi. Aku betul-betul insaf dan aku bercadang untuk cuti selama sebulan balik ke kampung halaman untuk bersama mereka.

Lihatlah betapa anak-anak pada zaman ini telah  mengabaikan ibu bapa mereka. Apa yang mereka makan, apa masalah yang mereka hadapi kita tidak ambil berat, ibarat kacang lupakan kulit. Binalah ingatan bersama. Jika orang tua kita begitu terasa, perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan,bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dlm hal lain. Itulah yg membina perikatan kekeluargaan.

Ambillah iktibar, Jangan pentingkan diri sendiri. Rezeki yang diturunkan kepada  kita sebenarnya ada didalamnya rezeki dari doa ibu bapa kita. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.